Saturday, December 22, 2018

TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI FA29

Assalamualaikum hampa.

Post kalini aku nak kongsi my second time pergi IV untuk sec stage. Stage kedua ni ofcourse depa nak test samada kita boleh develop system atau tidak. So boleh byg tak? Situasi dimana diberikan masa lebih kurang 4jam develop system. Syarat dia, nk basic je. Klau advance tu ada bonus lah.

Aku dpt soalan yg dah ada requirement yg perlu ada dlm sistem tu. So aku start develop. Nasib time tuu.. ketua kat situ bg aku guna internet dan rujuk nota klau ada. Aku pun bawa kluarlah khazanah nota ringkas yg aku buat. Rujuk w3school mcm biasa. Klau ikutkan tak boleh tau guna internet semua tu. Tambah2 swasta lgi lah x boleh. Apa yg aku tahulah. Gov pun sama. Tpi ikut rezekilah. Tpi time tu mmg ketua situ warning awal2.. klau kamu dpt kerja sini.. saya taknak awak bergantung sgt dgn internet. Dan aku faham maksudnya. 

Oh ya, aku pkai sql n php time tu. Framework , semua tu tak. Time tu mmg byk programmer ada. So aku tahu pluang aku tipis. Aku ambil ni as pngalamam pertama IV aku. So aku hadapi dgn jayanya walaupun aku demam berminggu sbb ketaq IV ja.

Best pergi IV ni. Test cara kita bercakap, praktikal dan hadapi soalan2 yg double wow.

Semoga bermanfaat.

Saturday, December 8, 2018

TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29

First entry aku nak kongsi pengalaman pertama aku hadiri sesi temuduga secara formal. Ye lah, baru habis belajar. Mana lah aku pernah kena interview secara formal ni. Time nak praktikal dulu ada lah sekali. Tapi IV biasa-biasa ja. Aku mula yaa.

Aku ada apply lah secara random ja dulu, satu jawatan under Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Lama jugak lah baru dapat mesej bagitahu aku termasuk dalam senarai pendek untuk ditemu duga. Seminggu sebelum tarikh IV teruk gila aku demam. Sebab terlampau pikir dan gementar kut. okay aku pendekkan cerita.

sampai hari temuduga tu, senarai pendek tapi ramai jugak yg dtg, 40 org mcm tu. Aku turn ke-10. Bila sampai turn aku, aku masuk mcm biasa. Bagi salam semua, serah fail sijil dan salinan dan mulalah sesi temuduga aku.

Soalan first, cerita pasal diri. So aku ceritalah serba sedikit. tak banyak pun. aku baca tips takyah lah cerita sampai setengah buku. suku-suku cukup. sampailah aku cakap pasal kerjaya abah dan mama. terus penemuduga tu cop aku ada background IT. Aduhh. parah weyhh.

Soalam ke-2, depa tanya pasal BIG DATA & OPEN DATA. Big data nasiblah aku baca time atas jambatan masa otw nak ke tempat temuduga. OPEN DATA aku surrender awal-awal. Nak menipu takboleh. depa pro weyh. Baik ngaku ja taktahu. Ke-3 , 4 command wajib sql. time gelabah kucing tuu.. aku cuma ingat SELECT & INSERT ja weyh. rasa mcm , asal lembap ni. boleh pulak pi sebut do...while segala bagai. tu c++. Depa pun faham aku gelabah. depa gelak aku lagi gelak. selesai system next penemuduga tanya pasal am. hal kerajaan p.pinang.

soalan. Siapa ketua setiausaha P.pinang. weyhh aku tak baca. aku tahu ketua menteri jaaa. pastu aku ckp, saya taktahu saya cuma tahu ketua menteri. pastu depa pun kata, okay takpa siapa ketua menteri? lalu jawablah aku dengan yakinnya YAB CHOW KON YEOW. Hahahhahhaa. Pastu Dasar keselamatan ICT. Aku baca yang Malaysia punya. depa nak yg p.pinang punya. adoii lah. Rasa nak lari balik jaa.

depa ada bagi tips lah. Untuk lain IV nanti, jika awak dpt temuduga, please prepare dan ambil tahu tempat yg awak nak temuduga. kalau ada portal atau website tempat tuu.. study dan baca byk dari situ. rata rata soalan semua depa ambil dari situ.

aku pun tersenyum dengan redha. Pengalaman semua ni.

Sebelum aku keluar dari bilik temuduga, depa kata cakap. Kalau awak terpilih untuk next stage. develop system dalam waktu 2 jam awak datang? dengan tenang dan yakin, InshaAllah saya sanggup kalau ada rezeki saya.

keluar bilik, jumpa fam.. Mama abah, kerja lain banyak lagi. sini ramai gila tadi. Paling muda aku lah kutt. yg beruban pun ada. yang penting pengalaman cukup berharga.


PULANG

Pulang, Tiap hari aku tunggu Kepulanganmu. Tiap hari aku dongak ke langit Mengharap kau di dalam Sedang pulang. Pertemuan...