Friday, January 4, 2019

HOUSEMATES LOVELY

Alhamdulillah, secara rasminya aku telah tamatkan pengajian di Universiti Sultan Azlan Shah pada hari konvokesyen 1 Disember 2018. Segala perasaan ketika ini aku ingin curahkan buat simpanan nostalgia aku sendiri dan juga para sahabat yang aku kenali di sana.

Sudah sebulan berlalu, baru kini aku punya waktu untuk aku luahkan rasa hati, Banyak kenangan yang aku lalui. 3 tahun di sana bukanlah satu tempoh sementara. Bukan mudah untuk aku lupakan semua. Malah aku tak pernah terfikir pun untuk melupakannya.

'HOUSEMATES'
 Our pre-convo

Buat hampa semua, yang selalu ada tika aku susah dan senang. Tiada keluarga untuk aku mengadu, hampalah yang menjadi sebahagian dari hidup aku untuk aku curahkan kesedihan dan keserabutan yang aku alami zaman study. Hampalah kawan serumah aku yang sentiasa menceriakan keadaan. Hampa sentiasa menghulurkan bantuan. Time aku budget out hampalah yang sanggup hulurkan duit untuk makan. Sanggup hantar aku pergi kelas sebab transport takda. Tolong ambil aku kat KTM atau stesen bas sebab nak jimat kos bayar teksi atau grab. TERIMA KASIH!

Sedikit nota kasih buat kalian :

KAKYONG : Terima kasih jadi kakak untuk kami. terima kasih sanggup layan karenah adik-adik. Banyak jasa kakyong yang tak mampu untuk ain balas. Kakyong lah sahabat, kakyonglah kakak. Kakyong tak pernah berkira. Sanggup hantar dan ambil ain walaupun masa tu kakyong buat grab. Kakyong setia dengar masalah ain dan bagi solusi untuk ain. Kakyong, Ain sayang kakyong !!

AINA  : Naa, terima kasih untuk segalanya. Hang kawan sebilik aku. Apa-apa jadi kita dua jaa. Aku teringat lagi masa bilik kita gaduh dengan bilik sebelah. Hang, aku dan mekra betul-betul matured kan time tu. hahahahha.. Naa, terima kasih kerana hang tak pernah abaikan dan berkira dengan aku. Kita kongsi segala masalah dan story bersama, Sebelum tidur, mesti ada bedtime story. Story itu ini alih-alih kita tertidur macam tu jaa. Pagi esok bangun baru terfikir balik kat mana kita stop cerita. Rindu lah naa moments tuu. Beb! gua sayang kamu beb!!

SUU : Hai suu! Okay kat sini ain nak reveal sesuatu. Sebenarnya kan suu cantik tau tak. First time jumpa suu masa kat dorm tu. Tapi masa tu muka suu macam kerek plus gila sombong dia ni. Time tu memang dah kata, dia taknak kawan dengan aku sudah. Hahahaah. Pastu tetiba kita satu rumah sewa. Masa tu pun ain tak berapa rapat dengan suu kan? So, ain kena lah rapat dengan suu. Hehehehe. Alhamdulillah, tak sangka suu, kita rapat sangat. Sampai kalau sebut kuala ja, mesti muka dan memori kita ja terimbau kembali. Suu baik sangat dan suu jujur orangnya. Terima kasih suu sebab sudi kawan dengan ain. Suu, Ain sayang suu !!

PAH : Pah!!!!! pahabaq pah. Ya Allah aku rindu dengan hang pah. Rindu dengan muka cina seorang ni. Rindu orangnya pertama kali jumpa kat dorm sanggup stay up semalaman marathon korean movies. First time aku jumpa hang, macam famliar gila muka hang. Aku macam pernah jumpa ja hang sebelum kita masuk U. Tapi sampai sekarang aku taktahu kita pernah jumpa ke tak sebelum masuk U. Dah taknak pikir sebab pah sentiasa ada dengan ain. Kan pah kan? Selalu jadi peneman untuk tangkap gambar. Penat-penat pun sanggup teman aku lagi. Haish lahh, kenapa baik sangat hang ni. Pah, saya sayang kamu pah!!

IERA : Mekra!!!!! Sahabat yang bagi aku sangat matang permikirannya. Mek, rindu aku tak mek? Aku rindu hang tau mek. Aku rindu nak naik skuter hang yang selalu kentut tu. HAHAHAAH. time puasa, kita pergi bazaar sesama. berbuka sesama. Ya Allah rindunyaa!!!. Mek, aku sedih lah mek. Sedih sebab cepat nya masa berlalu. Bila sembang dengan hang, aku rasa wow dewasa dah ehh aku ni? sembang hal2 penting, hal2 terkini. Mek, kalau rindu aku whatsapp aku tau. HAHAHAH. Tiap kali aku terima whatsapp hang, tahu dah hang mesti tengah rindu aku. macam tu jugak aku, aku pun whatsapp hang time aku rindu hang. hehehehe. Mekra!! hambo rindu ke mu!!!

SYAFA : Hi syafa. Kita baru sangat kenal kan? Ain rasa 2 kali ja kita jumpa. terus berkawan. syafa baik sangat. mudah berkawan dengan orang. terima kasih sudi jugak berkawan dengan ain. sepanjang ain kenal syafa, syafa jenis tak kisah, tak berkira, mudah untuk berbual dan faham orang. betul tak? Syafa, ain sayang syafa jugak tau!!

Hampa, sepanjang kita kenal ni, ain minta maaf atas semua kesalahan yang ain lakukan. Halalkan makan minum yang hampa bagi kat ain. Halalkan tenaga, duit (gitau ain kalau ada yg terhutang), masa yg hampa berikan untuk ain. Ain sayang hampa. hampalah keluarga ain kat sana dulu. Jika ada rezeki untuk kita bertemu mata lagi, kita jumpa yaa. Jaga diri hampa. Jadi orang berguna untuk keluarga dan masyarakat. Simpan memori kita untuk tatapan dan ingatan masa depan. Mana tahu nanti anak cucu kita pulak boleh berkawan. ehh!! tetiba. 






semoga gelak ketawa ini kekal bersama selamanya.


Coretan Tulus,
Ain.

PULANG

Pulang, Tiap hari aku tunggu Kepulanganmu. Tiap hari aku dongak ke langit Mengharap kau di dalam Sedang pulang. Pertemuan...